PUTRAJAYA: Isu pelarian dan penyeludupan manusia akan dibincangkan dengan negara-negara berkaitan termasuk Myanmar, Indonesia dan Thailand, di sini, pada 20 Mei ini. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili Malaysia bagi membincangkan hal ini bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand, General Tanasak Patimapragorn dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Retno Marsudi mewakili Indonesia. Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, Malaysia terus komited untuk bekerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam menyelesaikan isu penting di rantau ini. "Malaysia akan terus mencari penyelesaian mengenai isu ini melalui usaha bersepadu dan diselaraskan di kalangan negara-negara asal, transit dan destinasi , " katanya.