Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu akan dibincangkan para pemimpin tertinggi DAP, PAS dan PKR.
"Perkara ini akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (pakatan pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Agenda Makmur Selangor dan Darul Ehsan Investment Group di sini, Rabu.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa yang menolak cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menubuhkan kabinet bayangan pembangkang.
Pada Isnin, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengumumkan cadangan mewujudkan semula kabinet bayangan pembangkang bertujuan memperkukuh sistem 'check and balance' (periksa dan imbang) dalam pentadbiran negara.