suria

RMK11: Nilai Semula Selepas Dua Tahun

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melakukan penilaian semula terhadap Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) selepas dua tahun pelaksanaannya bagi memastikan pelan jangka panjang itu mencapai sasaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah berkenaan penting berikutan kemungkinan wujud pelbagai masalah termasuk kestabilan politik dan kedudukan ekonomi semasa dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya.

“Biasanya ada mid term review lepas dua tahun, kita akan buat penilaian semula untuk memastikan sasaran kita tercapai.

“Kalau ada kekangan, maka mesti ada interven (campur tangan) yang kerajaan perlu lakukan sama ada dari segi dasar atau  sumber kewangan atau lain-lain lagi,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat di sini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, berdasarkan RMK terdahulu, perpaduan rakyat, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi merupakan tiga teras penting dalam menentukan pencapaian pelan pelaksanaannya.

“Dalam tempoh lima tahun, walaupun ada turun naik dari segi ekonomi, politik… tapi matlamat akhirnya menjelang 2020 pendapatan perkapita akan tercapai tercapai.

“Tapi seperti yang perdana menteri kata tadi, bukan soal capai status negara maju tapi rakyat juga mesti berjaya.

“Jadi intervensi akan dilakukan sepanjang lima tahun ini penting supaya berada dihaluan yang benar dan betul,” katanya.

RMK11, Muhyiddin Yassin, Dewan Rakyat

Artikel Lain