suria

Ibu Tunggal Dicabul Mentor Dan Dipecat Dari MLM

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang menyertai syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kehilangan RM80,000 hasil usaha kerasnya dan dicabul oleh seorang lelaki yang merupakan mentornya dalam perniagaan itu.

M Thamilchelvy, 45, berkata kejadian itu membuatnya hampir bunuh diri, terutama apabila lelaki tersbeut mengancam untuk menyebarkan gambar yang dirakam ketika dicabul.

Bagaimanapun seorang ahli keluarga menghalangnya daripada bertindak membunuh diri.

Menurutnya, lelaki itu, dikenali sebagai "Guruji", ingin bertemu dan berbincang urusan perniagaan itu di pejabatnya di Taman Melawati pada 23 Februari lalu.

"Dia diberitahu perbincangan tersebut berkaitan matlamat untuk memiliki sebuah BMW, dan memaklumkan ada wanita lain yang hadir," katanya.

Thamilchelvy berkata, apabila tiba di sana, dia dibawa ke sebuah bilik kecil di pejabat dan diberi segelas jus oren dengan alasan menunggu tetamu lain.

Selepas minum, dia mula mengantuk dan tidak sedarkan diri.

Apabila terjaga, lelaki itu telah melakukan seks oral kepadanya tanpa sedar.

"Saya terkejut dan mula menjerit. Kemudian dia memeluk saya dan cuba mencium saya.

"Apabila saya enggan melakukan perkara itu dia menunjukkan saya telefon di tangannya dan berkata dia telah merakam apa yang berlaku sepanjang tidak sedarkan diri.

"Saya tidak tahu apa yang dirakam kerana saya tidak sedarkan diri. Sama ada dia merakam gambar bogel atau merogol saya, atau memanggil orang lain untuk merogol saya, saya tidak tahu," ujarnya sambil menangis.

Thamilchelvy berkata, lelaki itu juga mengugut untuk menyebarkan gambarnya di media sosial dan menamatkan kontrak bersama syarikat MLM itu jika dia memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut.

"Saya tidak berani untuk memberitahu perkara ini kepada sesiapa atau melaporkannya kepada pihak polis, kepada rakan-rakan atau sesiapa saja. Saya tidak dapat membuka mulut saya. Ia telah membunuh saya setiap hari, ia benar-benar menyakitkan, " katanya.

Bagaimanapun, Thamilchelvy telah dipecat daripada syarikat itu pada 17 Mac dengan alasan datang lewat pada mesyuarat dengan pengurus atasan di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Katanya, sebab sebenar dipecat kerana telah membawa orang lain ke mesyuarat itu.

"Saya sepatutnya menemui lima lelaki iaitu pengurusan atasan di sana, termasuk Guruji.

"Saya tidak berani pergi seorang diri dan membawa anak perempuan sulung dan dua daripada ahli bawahan saya," katanya.

Apabila dia sampai ke mesyuarat tersebut, mereka semua keluar dan kemudian menerima SMS memberitahu bahawa dia dipecat.

Dakwanya, dia tidak menerima sebarang bayaran hasil usaha keras selama enam bulan bersama syarikat tersebut.

Anak perempuannya berusia 20 tahun membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Assisten Komisioner Khairuldin Saad berkata seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan petang Jumaat selepas laporan dibuat.

Suspek ditahan dan polis sedang menyiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan seorang wanita, katanya.

Difahamkan, terdapat juga lebih daripada 20 laporan polis yang dibuat di Lembah Klang dan Kedah terhadap syarikat itu.

MLM, Cabul

Artikel Lain