Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata KTMB dijangka menggunakan hanya 30 peratus daripada operasi rel itu.
"Langkah itu membolehkan hasil lebih besar dijana menerusi persaingan dan bayaran perkhidmatan daripada operator lain," katanya pada Majlis Kesyukuran dan Terima Kasih anjuran Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) di sini, Isnin.
Beliau berkata cadangan itu masih di peringkat perbincangan sebelum dikemukakan kepada kerajaan.
Dalam pada itu, Aziz menyuarakan kelegaan apabila kemelut kesatuan berkesudahan dengan permohonan maaf Presiden KTMB yang baharu Lt Kol (B) Sarbini Tijan dilantik pada 1 Mei lepas kepada kesemua 97 kakitangan yang dibuang kerja.
Kesemua yang dibuang kerja itu diserap kembali ke jawatan masing-masing mulai tarikh sama.
Sementara itu, Abdul Razak berkata akhirnya kemelut yang berlarutan hampir setahun selesai dan yakin pihak majikan bersama kesatuan akan terus berganding bahu pada masa hadapan.