Negara ini mempunyai kuota pelarian sebanyak 750 setiap tahun di bawah pelan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).
"Adalah sesuatu yang mungkin untuk kita menampung sebahagian daripada pelarian ini di bawah program itu," katanya kepada sekumpulan wartawan Asia Tenggara yang mengambil bahagian dalam ulang tahun ke-40 program New Zealand-Asean itu.
Tetapi beliau berkata negara ini tidak akan meningkatkan kuota bagi menampung lebih banyak imigran walaupun mengambil berat tentang krisis yang berlaku.
New Zealand adalah antara 17 negara yang mengambil bahagian dalam satu mesyuarat khas mengenai penghijrahan yang tidak teratur, Khamis.
Key menyatakan kebimbangan beliau terhadap pendatang Rohingya yang hanyut di laut ke negara-negara jiran termasuk Malaysia.
"Kami memahami bahawa mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi," katanya.