Beliau berkata tindakan menghina pemimpin serta rakyat negara ini tidak seharusnya berlaku.
"Sebenarnya kalau kita lihat apa yang dijumpai di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bukan bermula daripada negara kita kerana lokasi kem transit itu lebih mudah untuk dimasuki dari negara berkenaan.
"Saya melihat daripada semua indikasi yang dijumpai (di Bukit Wang Burma, Wang Kelian) semua ini bermula dari sana. Semua barang-barang yang kita jumpa di kem transit itu seperti makanan, bungkusan, kain, kotak, bahkan kotak peluru semuanya berasal dari negara berkenaan," katanya.
Wan Junaidi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur menunjukkan seorang pegawai polis negara ini sedang memegang penyodok di hadapan timbunan tengkorak.