suria

Heroin Bernilai RM1 Juta Ditemui Di Inap Desa

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yanya (dua, kiri) bersama anggotanya menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas dalam satu serbuan pada 30 Mei lepas di sebuah inap desa di Langgar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada 30 Mei lalu.

ALOR SETAR: Heroin seberat 28.43 kilogram dan bernilai RM1 juta ditemui di sebuah inap desa di Langgar pada 30 Mei lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata inap desa tersebut turut digunakan untuk memproses dadah.

Beliau berkata lima suspek termasuk seorang wanita berumur antara 28 hingga 50 tahun turut ditahan di negeri ini dan Pulau Pinang oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) serta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah.

Dua lelaki dan seorang wanita berumur 36 tahun yang juga isteri kepada seorang suspek ditahan di inap desa tersebut sementara dua lagi suspek ditahan di Yan dan di Datuk Keramat, Pulau Pinang, katanya.

Zamri berkata kegiatan sindiket itu diintip sejak April lepas.

"Mereka menghasilkan heroin gred tiga untuk diedarkan kepada pengedar di sekitar utara," katanya.

Beliau berkata tiga suspek mendaftar masuk ke inap desa itu pada 29 Mei sebelum diserbu pada awal pagi 30 Mei.

Katanya turut disita lapan kenderaan termasuk kenderaan mewah dan wang tunai RM3,800.

Kelima-lima suspek kini direman sehingga Jumaat ini. -BERNAMA

Inap Desa, heroin

Artikel Lain