KUALA LUMPUR: Polis menahan 36 orang, termasuk seorang remaja kerana disyaki terlibat dengan kegiatan berkaitan dadah di lima lokasi di sini, Sabtu. Ketua Polis Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata suspek berusia antara 15 dan 60 tahun itu ditangkap dalam 'Ops Sarang' yang dilancarkan antara 6 pagi dan 11.55 pagi. Katanya dalam operasi itu, polis juga merampas 152.6 gram heroin.