suria

P.Pinang Cadang Peruntukan RM100,000 Bantu Mangsa Gempa Bumi Sabah

Lim Guan Eng.
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang untuk menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda Sabah pada Jumaat lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata cadangan itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat Exco minggu depan sebagai tanda solidariti, simpati dan sokongan terhadap mangsa yang terlibat.

"Saya nak ucapkan takziah kepada mereka yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Sabah. Kehilangan nyawa ini khususnya ke atas mereka yang mendaki Gunung Kinabalu adalah sesuatu yang amat menyedihkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini Ahad.


Lim berkata sumbangan itu akan disampaikan kepada wakil rakyat di Sabah untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas dalam kejadian itu.

Pada Sabtu, sejumlah 11 mayat ditemui di kawasan Gunung Kinabalu, menjadikan jumlah mangsa terkorban akibat bencana itu 13 orang manakala enam pendaki masih hilang.

Dalam kejadian pada 7.15 pagi Jumaat (5 Jun), gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kawasan Ranau di Sabah, menjadikannya gempa terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran kecil yang turut dirasai di empat kawasan lain iaitu Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pulau Pinang, bantuan, gempa Sabah

Artikel Lain