suria

Gempa Bumi Lemah Di Barat Laut Labuan

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku 90 kilometer (km) di barat laut Labuan, Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata gempa bumi pada pukul 8.40 pagi itu turut dirasai di Ranau.

Terdahulu, gegaran turut dirasai di Ranau apabila gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku 25km di tenggara Kota Belud pada 7.35 pagi, kata jabatan itu.


gempa lemah, barat laut Labuan

Artikel Lain