suria

Kabus Halang Usaha Mencari Mangsa Di Gunung Kinabalu

KUNDASANG: Operasi mencari dua rakyat Singapura yang disenarai hilang di Gunung Kinabalu ditangguh ekoran keadaan berkabus.

Sumber polis berkata langkah itu dibuat bagi mengelak bahaya kepada anggota mencari dan menyelamat dengan usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan apabila cuaca kembali normal.

Yang hilang terdiri daripada seorang guru dan murid.

Pada Ahad Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu pemberita bahawa 16 mayat telah ditemui sementara dua orang lagi diklasifikasi sebagai hilang.

Yang maut termasuk enam warga Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, China dan Jepun.

Kejadian berlaku ekoran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang turut melanda gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada pagi Jumaat lalu.

Sementara itu di Kota Kinabalu, beberapa anggota keluarga mangsa yang meninggal dilihat menunggu di bilik khas di Hospital Queen Elizabeth di mana pengecaman dan bedah siasat mayat sedang dijalankan di hospital itu.

-- BERNAMA

Gempa Sabah, Gunung Kinabalu

Artikel Lain