KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini mempamerkan nama 726 orang yang disabitkan dengan kesalahan rasuah di seluruh negara dalam pangkalan datanya.
Sementara itu, Zakaria berkata SPRM menubuhkan 14 mahkamah khas di seluruh negara sejak 2011 bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.
"Tidak banyak negara di dunia berbuat begini. Kami berbangga dengannya kerana ia memberi imej positif kepada kami, di samping membantu kami mendapatkan keyakinan orang ramai.
"Pada 2009, kami hanya mendapat 39 peratus keyakinan orang ramai dan ia meningkat secara beransur-ansur kepada 68 peratus tahun lepas.
"Tahun ini, sasaran kami ialah 70 peratus," katanya.
Zakaria berharap orang ramai dan media akan terus memberi sokongan penuh mereka kepada SPRM dalam usahanya memerangi rasuah.