suria

Tiga Remaja Dikhuatiri Lemas Mandi Sungai

BERA: Tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan di Sungai Kampung Paya Panjang, Mengkarak di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, ASP Sharanjeit Singh berkata mereka dikenali sebagai Amirul Azizi Mahizan, 19, dari Taman Kerayong Indah, Mohamad Nor Ariff Saidi, 19, dari Bera dan Zulpahdi Mohd Ali, 18, dari Kampung Paya Panjang, Bera.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang.

"Setelah kira-kira 30 minit mandi, mereka dilihat tenggelam timbul. Seorang lagi rakan mereka yang berada di atas tebing segera mendapatkan pertolongan penduduk kampung.

"Dua daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi gagal diselamatkan berikutan air sungai yang terlalu deras," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang segera dilakukan, namun terpaksa dihentikan berikutan cuaca gelap dan hujan.

Lemas, Bera

Artikel Lain