KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah melanda Ranau, Sabah pada petang Jumaat. Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran berukuran 3.3 magnitud itu berlaku pada pukul 6.08 petang. Ia berkata, pusat gempa itu adalah 6.0 darjah utara dan 116.7 darjah timur, kira-kira 6 kilometer tenggara Ranau. Ranau baharu sahaja dilanda gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada 5 Jun lalu, sehingga mengakibatkan 18 maut. - BERNAMA