Kampung-kampung yang terlibat ialah Kg Mesilau, Kg Kiau, Kg Lobong-Lobong dan Kg Kaung.
Sebuah sekolah rendah, SK Kiau Toburi, juga dilanda banjir lumpur bermula pada pukul 3.30 petang Isnin, walaupun tahap kerosakan tidak dapat dipastikan.
Beberapa keluarga telah berpindah keluar dari rumah masing-masing, manakala Pejabat Daerah Kota Belud dan Ranau telah menghantar pegawai mereka untuk mengambil tindakan yang perlu.
Ahli geologi Universiti Malaysia Sabah Profesor Dr Felix Tongkul berkata banjir lumpur berlaku kerana permukaan muka bumi yang longgar berikutan gempa bumi 5.9 magnitud pada 5 Jun.