suria

Malaysia Tersenarai Program Pengecualian Visa AS Tidak Lama Lagi

GEORGE TOWN: Malaysia semakin hampir untuk tersenarai dalam program pengecualian visa Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dilaksankan beberapa bulan lagi.

Duta AS ke Malaysia, Joseph Yun berkata, antara cabaran yang dihadapi ketika ini adalah memenuhi beberapa syarat.

Antaranya adalah wajib melaporkan kehilangan atau kecurian pasport kepada Interpol, pertukaran data dengan AS berkaitan jenayah dan pengganas serta mengurangkan kadar penolakan kira-kira empat peratus kepada tiga peratus.

"Ketika ini, kadar penolakan dikurangkan kepada tiga peratus dan kami mempertimbangkan untuk Malaysia program pengecualian visa tahun lalu," katanya sambil menambah Malaysia sudah memenuhi satu kriteria iaitu memiliki pasport elektronik.

Katanya, program pengecualian visa untuk Malaysia dijangka siap beberapa bulan lagi.

Yun berkata demikian selepas majlis bersama usahawan tempatan yang dianjurkan Dewan Perniagaan Bersama Pulau Pinang (PJCC) di sini, Isnin.

Turut hadir, Presiden PJCC, Rizal Faris.




visa, AS, Joseph Yun

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan