"Tak apa, itu pandangan yang dikemukakan DAP.
"Kalau nak tanya pandangan saya, rujuklah kenyataan Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semalam (Isnin)," katanya kepada pemberita di sini, malam Selasa.
Mohamed Azmin yang enggan mengulas lanjut, berkata PKR telah membuat pendiriannya iaitu melalui Presidennya.
Akhbar pada Selasa melaporkan bahawa PKR melihat keperluan mendesak untuk menyemak semula bentuk kerjasama kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sesuai dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam.