suria

Mara Bantu Proses Ekstradisi Nur Fitri

Nur Fitri Azmeer Nordin

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah mendapatkan bantuan Wisma Putra bagi proses ekstradisi pesalah pedofilia, Nur Fitri Azmeer Nordin.

Beliau berkata, permohonan untuk membolehkan anak kelahiran Perak itu dibawa pulang ke Malaysia disampaikan menerusi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Katanya, pihaknya menyediakan ruang itu selepas keluarga Nur Fitri merayu supaya Mara membantu menyalurkan maklumat yang diperlukan untuk membolehkan proses tersebut dapat segera dilaksanakan.

"Keluarga Nur Fitri ada menghubungi Mara untuk minta kita bantu dalam proses ektradisi kerana proses itu memerlukan input tertentu dari pihak kedutaan dan saya sudah memohon Timbalan Menteri Luar untuk melihat dan memastikan proses tersebut berjalan lancar.

"Kita menghulurkan bantuan atas dasar kemanusiaan dan kerana dia merupakan pelajar yang kita hantar. Kita ambil tanggungjawab seberapa yang boleh dan pejabat Mara di London sedang membuat susulan," katanya pada sidang media pengenalan Dasar Pembiayaan Baharu di Ibu Pejabat Mara, di sini, Jumaat.

Mengenai peluang kepada Nur Fitri untuk menyambung pelajaran di institusi milik Mara, kata Annuar, perkara itu masih belum diputuskan lagi.

"Penajaan dia secara automatik terhenti kerana kontrak sudah terbatal, namun soal sambung belajar di negara ini menerusi institusi milik Mara belum diputuskan lagi.

"Biarlah dia selesai jalani hukuman mengikut undang-undang di sana dan kembali ke negara ini serta bersama keluarga terlebih dahulu, lepas itu kita putuskan kemudian," ujarnya.

Pada Mei lalu, pelajar tajaan Mara itu ditahan ketika sedang menggunakan komputer ribanya serta duduk berdekatan patung budak lelaki bersaiz manusia.

Terdapat fail yang disembunyikan di dalam komputer ribanya yang mempamerkan gambar pornografi serta video penderaan kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai 'Kategori A' iaitu penderaan melampau.

Nur Fitri dikenakan hukuman penjara lima tahun bersabit 13 kesalahan, termasuk memilik 30,000 imej serta video lucah kanak-kanak.

Mara, Ekstradisi, Pedofilia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain