suria

Baucar Iftar SACC Menanti Pembaca mStar Online

BOSAN berbuka puasa di rumah? Ingin menikmati aneka juadah iftar secara bufet bersama orang tersayang? Jika jawabnya ‘ya’ , apa kata anda menyertai kuiz Ramadan SACC-mStar Online dan anda berpeluang memenangi dua baucar berbuka puasa di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Caranya cukup mudah! Peserta hanya perlu menjawab dua soalan kuiz berkaitan bufet Ramadan SACC, menu yang dihidangkan serta kegiatan amal SACC sepanjang bulan mulia ini yang disiarkan di www.mstar.com.my/ramadan pada Isnin setiap minggu serta melengkapkan slogan berkaitan mStar Online.

Soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan maklumat yang terkandung dalam artikel yang disiarkan pada 22 Jun, 29 Jun dan 6 Julai ini.

Sebelum penyertaan dihantar, jangan lupa untuk ‘like’ laman Facebook SACCofficialnew dan mStar Online sebelum memenuhi syarat penyertaan, bagi melayakkan anda diisytiharkan sebagai pemenang.

Jawapan yang paling tepat berserta slogan paling menarik akan melayakkan anda memenangi dua baucar Bufet Ramadan Nikmat Iftar 2015 bernilai RM88 setiap satu yang akan diberikan kepada dua peserta bertuah setiap minggu.

Pemenang baucar diingatkan supaya membuat tempahan untuk berbuka puasa di SACC dalam masa TIGA HARI sebelum tarikh yang dirancang untuk berbuka disana. Pemenang boleh menghubungi Halim Razak di talian 019-3582858 untuk tempahan.

Jika pemenang gagal hadir pada tarikh tempahan, baucar bufet yang dimenangi akan dianggap ‘telah digunakan’ dan tidak akan diganti dengan baucar baharu.

Mudah bukan? Jangan berlengah lagi. Layari www.mstar.com.my/ramadan dari masa ke semasa untuk menjawab soalan kuiz sebelum melengkapkan dan menyerahkan butiran peribadi kepada kami untuk dinilai sebagai pemenang.

Selamat Mencuba!


Ramadan, SACC, Halim Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain