suria

'Penantian Panjang' Prosedur Pemindahan Organ

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia terpaksa menunggu selama bertahun-tahun dalam senarai menunggu pemindahan organ di hospital kerajaan, bukan kerana masalah kekurangan penderma organ, tetapi hanya kerana hospital tidak mampu mengendalikan permintaan yang banyak.


Purata 60 pemindahan organ dilakukan di hospital kerajaan setahun, tetapi terdapat 18,000 rakyat Malaysia dalam senarai menunggu.

Masalah berlaku apabila terdapat tidak sampai 20 orang pakar bedah khusus dalam bidang ini di hospital kerajaan, kata Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai.

Malaysia mempunyai ramai penderma berpotensi di mana lebih 300,000 rakyat telah berikrar untuk mendermakan organ mereka selepas mereka meninggal dunia. Ini tidak termasuk  penderma yang mempunyai perkaitan yang masih hidup dan lain-lain bentuk kaedah pendermaan organ.

"Walau bagaimanapun, kebanyakan pembedahan transplan dilakukan oleh pakar bedah umum dan proses ini lambat kerana mereka juga perlu mengimbanginya dengan tugas-tugas harian," kata Dr Jeyaindran.

Ini bermakna walaupun pesakit sudah bersedia untuk menjalani pembedahan dalam tempoh tiga bulan, dia terpaksa menunggu selama bertahun-tahun.

Untuk memulihkan keadaan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menjalankan kerjasama dengan Royal Prince Alfred Hospital (RPAH) di Sydney untuk bertukar idea bagi meningkatkan perkhidmatan transplan di hospital-hospital kerajaan.

Pengarah pemindahan buah pinggang RPAH, Profesor Steve Chadban, yang menyelaras program itu berkata di kebanyakan negara, senarai menunggu adalah lama dan penderma adalah kurang.

"Di Malaysia, bagaimanapun, terdapat senarai menunggu yang lama ditambah tetapi dengan senarai penderma berpotensi yang ramai.

"Tetapi sekatan adalah satu mekanisme untuk memindahkan organ, iaitu satu keadaan luar biasa yang berlaku di mana-mana di dunia."

Dengan senarai menunggu seramai 200 orang dan purata 80 pemindahan setahun, RPAH menjadi model untuk hospital besar di sini.

Seperti kebanyakan hospital awam yang lain di Australia, RPAH bergantung kepada pasukan doktor pemindahan organ yang berdedikasi, jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan untuk membantu dalam proses mendapatkan organ.

Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Nefrologi HKL Datuk Dr Ghazali Ahmad berkata, hospital kerajaan di sini perlu terlebih dahulu menyelaraskan jabatan-jabatannya yang berbeza untuk mempercepatkan prosedur pemindahan.

"Bagi pembedahan transplan, kita perlu, antara lain, jaminan sebuah bilik pembedahan dan pakar bius yang berpengalaman untuk mengendalikan situasi yang mungkin melampaui keupayaan pakar bedah pemindahan itu.

"Kami juga memerlukan perkhidmatan daripada jabatan-jabatan seperti radiologi dan perubatan nuklear, tetapi mereka mempunyai senarai menunggu mereka sendiri, jadi tidak ada cara sistematik dalam mengutamakan prosedur."

Ironinya, hospital kerajaan Malaysia lebih banyak menjalankan pemindahan organ dalam tahun 80-an dan 90-an.

Dr Ghazali masih ingat ketika HKL melakukan kira-kira 50 pembedahan dalam setahun. Hari ini, ia mengendalikan hanya kira-kira 30 pemindahan setahun.

"Pada masa itu, doktor dan jururawat kami telah dihantar ke institusi berprestij antarabangsa, termasuk RPAH, untuk latihan formal dalam pemindahan," katanya.

"Pada masa itu, rawatan alternatif seperti dialisis tidak mudah diperolehi, jadi rawatan yang paling cepat dan terbaik adalah pemindahan organ," kata Dr Jeyaindran.

"Pada masa kini, dialisis boleh didapati secara meluas, jadi orang ramai lebih cenderung memilih dialisis berbanding pembedahan."

Walau bagaimanapun, pakar-pakar percaya pemindahan organ menawarkan kualiti hidup yang lebih baik selepas prosedur.

Prof Chadban berkata pesakit yang menjalani pemindahan organ membayar jumlah yang sama dengan mereka yang menjalani rawatan dialisis awal di hospital. Rawatan berikutnya, bagaimanapun, hanya menelan kos satu perempat dari jumlah tersebut.

"Selain itu, pesakit boleh bertugas semula kira-kira enam bulan selepas pembedahan," katanya.

Ditanya apa manfaat yang diperolehi Malaysia daripada kerjasamanya itu, Dr Ghazali berkata HKL juga mahukan pasukan pemindahan organ sendiri yang berdedikasi.

"Selain mendapat latihan formal untuk pekerja penjagaan kesihatan kita, program berkembar ini akan memastikan kita membiasakan diri dengan cara hospital rakan kongsi kami menjalankan prosedur pemindahan segera," katanya.
pemindahan organ, transplan, RPAH

Artikel Lain