suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Kundasang Kekal

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir lumpur dan tanah runtuh di Kundasang pada pagi Ahad, kekal 193 orang daripada 47 keluarga, sejak malam tadi.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata setakat 9 pagi ini, bilangan mangsa majoriti dari Kampung Mesilau yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Mini Kundasang itu tidak berubah.

Maklumat mengenai mangsa di pusat perlindungan itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kundasang, Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain