suria

Malaysia Adakan Upacara Peringatan Mangsa MH17

IPOH: Malaysia akan mengadakan upacara peringatan di Kuala Lumpur pada bulan depan bagi mengingati mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada Julai tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan membentangkan laporan mengenai perkara itu kepada Kabinet pada Rabu ini sebelum memuktamadkan tarikh dan butiran acara sambutannya.

"Belanda dan Australia juga akan mengadakan upacara peringatan secara berasingan pada bulan depan.

"Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sanggup menerbangkan keluarga mangsa ke Belanda untuk upacara pada 17 Julai jika mereka mahu," katanya di SJKC Bercham di sini, Ahad.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh ketika terbang di ruang udara negara yang bergolak. Selain rakyat Australia, warga dari Belanda, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand adalah antara 298 penumpang dalam pesawat itu.

MAS, MH17, Liow Tiong Lai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain