Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata kerjasama semua syarikat telekomunikasi (telco) adalah diperlukan dalam memastikan keberkesanan sistem itu.
"Isu ini berbangkit apabila data untuk menjejaki si pemanggil tidak tersedia oleh pihak telco.
"Ketika ini, telco hanya membenarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai akses kepada alamat berdaftar si pemanggil, dan sering kali tidak memadai dalam situasi-situasi kecemasan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Bagaimanapun, katanya keselamatan rakyat Malaysia, terutama apabila nyawa-nyawa boleh diselamatkan, harus diutamakan.
MERS999 merupakan inisiatif oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan TM Berhad supaya panggilan kecemasan tergabung ke satu nombor tunggal 999 yang menghubungkan panggilan kecemasan dari Pusat Respons MERS999 kepada Pusat Penghantaran Agensi Kecemasan, pengendalian dan penyenggaraan Sistem MERS999.