Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat berhubung penahanan berkenaan.
"Interpol belum memaklumkan kami," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama Rabu.
Semalam seramai 45 penumpang pesawat AirAsia adalah antara 56 suspek yang ditahan pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam, Andhra Pradesh selepas mereka dikesan cuba menyeludup 62 kilogram jongkong emas, menurut akhbar Times of India.
Beberapa lagi jongkong emas turut ditemui dalam penerbangan Silk Air dari Singapura.