KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 10.08 pagi, Khamis. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 25 kilometer dari barat laut Ranau yang gegarannya turut dirasai. Pada 5 Jun lalu gempa berukuran 5.9 skala Richter menggegarkan Ranau sehingga mengorbankan 18 nyawa.-- Bernama