suria

Rebut Hadiah Harian RM50 Menerusi Peraduan Resipi Pilihan

Resipi Pilihan Hari Ini memberi peluang kepada pembaca mStar berkongsi resipi rekaan mereka.
PETALING JAYA: Bermula 22 Jun ini, mStar Online akan menganjurkan peraduan Resipi Pilihan Hari Ini yang menawarkan hadiah harian bernilai RM50 untuk hidangan yang berjaya menambat hati juri.

Peraduan yang dianjurkan khas sempena Ramadan ini terbuka kepada semua pembaca mStar Online yang berminat berkongsi menu istimewa anda untuk dicuba oleh pembaca lain. Tidak kiralah sama ada ia resipi ketika berbuka puasa atau juadah di pagi Syawal.

Menariknya menerusi peraduan ini, seorang pemenang akan dipilih setiap hari dan layak menerima wang tunai RM50, selain gambar dan resipinya yang dipilih oleh juri akan disiarkan di portal khas mStar Ramadan yang boleh dilayari di www.mstar.com.my/ramadan

Selain itu, langkah bagi menyertai peraduan itu pula boleh dilayari menerusi https://www.mstar.com.my/ramadan/peraduan/

Bagi peserta yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa kerana resipi dan gambar hidangan yang dihantar akan disiarkan di ruangan yang sama, dengan syarat ia menepati ciri dan kriteria yang ditetapkan penganjur.

Terpulang kepada anda, sama ada mahu menghantar resipi lauk-pauk, biskut raya, kek atau makanan lain yang sering dikaitkan dengan juadah berbuka atau hidangan hari raya. Bilangan penyertaan juga tidak dihadkan!

Pemenang akan dipilih berdasarkan resipi yang menarik, cara ia dipersembahkan dan beberapa lagi kriteria khas yang akan dinilai oleh juri-juri berpengalaman.

Nantikan borang penyertaan yang disediakan dan lengkapkan maklumat anda serta hantarkan resipi terbaik anda dengan sekurang-kurangnya satu gambar paling menarik berukuran 620px lebar (620 x 350px adalah ukuran ideal) yang saiznya tidak melebihi 2MB.

Hadiah peraduan Ini ditaja oleh AQUA SELATAN SDN BHD/Pemangkin pelancongan Aqua anda. Hubungi Ateng 019-2617181.

Resipi Pilihan Hari Ini, Ramadan

Artikel Berikut

Artikel Lain