suria

Songkok Untuk Setiap Daerah Di Johor

Mohd Fahirurazi (kanan) membantu Jailani Mat Rawi membuat pilihan di antara songkok Batu Pahat (merah dan hitam) dan songkok Johor Bahru.
JOHOR BAHRU: Sempena Hari Raya, seorang pembuat songkok tempatan menawarkan peluang kepada rakyat Johor menunjukkan kasih sayang terhadap negeri mereka.

Songkok rekaan Mohd Fahirurazi Yahya adalah berdasarkan bendera 10 daerah di negeri ini.

Songkok rekaannya itu telah menarik perhatian pembeli tua dan muda.

Beliau yang berusia 34 tahun itu membina populariti melalui songkok rekaannya, ilham daripada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tahun lalu.

"Kali ini saya mahu melakukan sesuatu yang berbeza di mana kampung anak Johor dapat dikenal pasti melalui songkok," katanya.

Mohd Fahirurazi, yang belajar membuat songkok daripada ayahnya berkata dia mula-mula membuat songkok untuk daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Segamat.

"Saya membuat 200 songkok untuk menguji pasaran dan terkejut dengan sambutan yang diterima," katanya.

Katanya, reka bentuk bendera adalah sama kecuali warnanya, yang menjadikan ia lebih mudah untuk diterjemahkan kepada daerah-daerah berlainan.

Daripada tiga reka bentuk, yang paling popular adalah songkok Segamat, membuktikan bahawa 'ramai orang Segamat yang tinggal di sini'.

Sasaran seterusnya adalah bendera Kulaijaya dan Kota Tinggi.

Artikel Lain