Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican sebaliknya, berkata helikopter itu tidak mendarat dilokasi ditetapkan disebabkan keadaan padang becak yang boleh menyebabkan helikopter tidak stabil apabila mendarat.
"Oleh itu juruterbang meminta izin daripada menteri untuk beredar dari situ dan cadangan itu dipersetujui menteri.
"Helikopter itu kemudian beredar dan menuju ke destinasi seterusnya ke Pulau Nyamuk," katanya ketika diminta mengesahkan kejadian itu, di sini Isnin.
Pada Ahad, Kompas melaporkan helikopter berkenaan kelihatan menghadapi kesukaran mendarat dan menarik perhatian anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang bersiap sedia memberi bantuan.