suria

Khairiah Dilantik Semula Anggota Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Khairiah Mohamed yang dilantik semula sebagai senator bagi mewakili Kerajaan Negeri Kelantan, pada Rabu mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Abu Zahar mengucapkan tahniah kepada Khairiah di atas lantikan untuk penggal kedua bagi tahun 2015 hingga 2018 itu.

"Tahniah di atas prestasi yang baik dan terus memberikan khidmat bakti demi kebaikan kerajaan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Khairiah melalui laman Facebooknya berkata beliau beriltizam untuk meneruskan agenda memperjuangkan beberapa aspek penting seperti penerapan nilai hidup beragama sebagai teras mendasari bidang pendidikan, sosial dan ekonomi.

"Tanggungjwab yang dipikul ini adalah satu amanah sangat berat, justeru saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepanjang tempoh saya memegang jawatan Ahli Dewan Negara sejak Julai 2012," katanya.

Dewan Negara

Artikel Lain