Panglima ATM Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zain berkata, polis turut merampas bot pam di mana suspek dan rakan sejenayahnya kali terakhir dilihat dalam kejadian tembak tersebut.
"Mereka telah dipintas oleh polis semasa perintah berkurung laut dan mereka tidak berhenti apabila diarah, jadi berlaku tembakan. Polis telah menahan seorang lelaki dan menemui bot tersebut.
"Selebihnya masih dikesan," katanya.
Ia mendorong pihak PGA membalas tembakan yang membutkan pihak berkenaan melarikan diri dalam gelap.
Jarak bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.
Ketua Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya masih cuba untuk menentukan motif kejadian itu tetapi berkata mereka kelihatan "tidak mempunyai niat yang baik"