suria

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Malam Khamis

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 10.35 malam Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata pusat gempa itu adalah di 6 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 8 kilometer barat laut dari Ranau, telah menghasilkan gegaran di kawasan yang terjejas.

Pada 5 Jun lepas, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan Jabatan Meteorologi berkata gempa sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Wilayah Timur New Guinea, Papua New Guinea pada 11.01 malam ini.

Kenyataan itu berkata gempa itu berpusat 100km di Utara Lae, Papua New Guinea dan 3,362km tenggara Semporna, Sabah.
gempa bumi, Ranau

Artikel Lain