suria

Bapa Harap Anak Hilang Di Laut Pulang Selamat

KEMAMAN: Bapa kepada seorang daripada tiga nelayan yang hilang sejak 21 Jun lalu berharap anaknya dan rakan-rakannya dapat pulang dengan selamat.

Muda @ Abu Bakar Salleh iaitu bapa kepada Azuari, 41, berkata sekiranya gagal menemui ketiga-tiga mereka yang juga merupakan saudaranya, setidak-tidaknya dapat ditemui bot mereka sudah memadai.

"Saya sedar harapan untuk menemui mereka dalam keadaan selamat agak tipis.

Tambahan pula semalam ditemui mayat Mohd Zawawi Seman, 36, yang terapung di perairan Pulau Kapas.

"Kita mahu ketiga-tiganya ditemui semula. Namun kita masih tidak mengetahui sama ada bot mereka karam atau sebaliknya," katanya.

Empat nelayan itu dilapor hilang setelah keluar menangkap ikan di sekitar perairan Kemaman tanpa sehingga kini terdapat sebarang petunjuk tentang kehilangan mereka.

Muda berkata beliau bersama 21 nelayan lain turut keluar mencari sehingga ke Pulau Tenggol, Dungun.

"Saya sempat melakukan solat hajat di pesisir pantai pulau tersebut dan sebaik menerima panggilan (mengenai penemuan mayat Mohd Zawawai), kami segera bergegas balik ke Kemaman dan hampir dua jam kami dilanda ribut berserta angin kencang sepanjang perjalanan pulang," katanya.

Pulau Kapas, Nelayan

Artikel Lain