Tan bersetuju dan menyerahkan MyKad miliknya bersama beberapa gambar berukuran pasport kepada Ah Chen untuk meneruskan permohonan pinjaman itu.
"Apabila saya memberitahu suami mengenai permohonan pinjaman tersebut, dia tidak setuju kerana saya tidak pandai memasak dan ia akan menjadi beban untuk membayar pinjaman tersebut secara ansuran bulanan," katanya dalam sidang media anjuran MCA pada Isnin.
Menyedari dirinya tidak menandatangani sebarang borang atau dokumen, Tan menghubungi Ah Chen seminggu kemudian untuk membatalkan permohonan tersebut dan mengambil semula MyKadnya.
Namun, pada April lalu, ibu kepada tiga orang anak itu menerima surat daripada pesatuan memaklumkan dia perlu hadir ke mahkamah pada 10 Julai.
Wanita itu mendakwa identitinya telah disalah gunakan sebagai penjamin kepada pinjaman kakak Ah Chen sebanyak RM10,000 tanpa disedarinya.