Memetik sumber yang rapat dengan siasatan, WSJ melaporkan bahawa 'akaun yang diarahkan untuk dibekukan berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam laporan WSJ minggu lepas.'
Laporan itu menyatakan bahawa pihak berkuasa bertindak membekukan akaun-akaun itu selepas menerima maklumat daripada siasatan sebelum ini yang diketengahkan dalam artikel WSJ itu, menurut sumber berkenaan.
Pembekuan enam akaun dibuat pada Isnin menurut satu kenyataan bersama oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim.
Pasukan petugas khas juga berkata akaun 17 yang lain turut disiasat.
Difahamkan 17 akaun itu adalah milik pelbagai syarikat dan individu.