suria

Petronas Edar Kopi, Snek Percuma Kepada Pemandu Hari Raya Ini

Mulai 15 dan 16 Julai, serta fasa kedua 20 dan 21 Julai, pengguna jalan raya akan menerima kopi serta snek apabila berkunjung ke stesen minyak Petronas.

KUALA LUMPUR: Bersempena Aidilfitri ini, Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menyediakan minuman kopi dalam tin dan makanan ringan percuma kepada pengguna jalan raya bermula 15 Julai.

Ia akan diagihkan di 40 stesen Petronas terpilih di sepanjang lebuh raya dan jalan utama seluruh negara.

Pengarah Urusannya Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata kempen 'Petronas Coffee Break' yang kini memasuki tahun ke-16 itu akan bermula dengan fasa pertama pada 15 dan 16 Julai manakala fasa kedua pada 20 dan 21 Julai.

"Sebagai syarikat yang mengamalkan 'Safety Gets You There' dalam semua aspek operasi kami, PDB meneruskan kempen ini bagi memastikan semua pemandu dan keluarga mereka dapat menikmati perjalanan dan sampai ke destinasi dengan selamat.

"Kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan untuk mengingatkan semua pengguna jalan raya tentang kepentingan keselamatan jalan raya," kata Mohd Ibrahimnuddin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PDB dalam kenyataan Selasa.

Selain pada Hari Raya Aidilfitri, pek 'Petronas Coffee Break' juga turut diedarkan kepada pengguna jalan raya di 39 stesen Petronas pada musim perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari lepas.-- Bernama

Petronas, kopi, snek, Aidilfitri

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia