Sumber berkata, satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) terlibat dalam serbuan itu.
Mereka berkata, serbuan itu dilakukan untuk mencari dokumen yang berkaitan dengan tawaran tertentu yang dikaitkan dengan dana IMDB.
Mereka enggan menyatakan sama ada serbuan itu juga merupakan usaha polis untuk menentukan bagaimana dokumen sulit telah dibocorkan kepada The Wall Street Journal yang telah dimuat naik ke laman webnya, Selasa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pagi Rabu bahawa polis telah menjalankan pelbagai aspek siasatan terhadap 1MDB, termasuk menentukan bagaimana dokumen telah dibocorkan kepada WSJ.
Pasukan Petugas Khas 1MDB terdiri daripada Khalid, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.