Wanita berusia 27 tahun itu, yang telah ditahan di bawah Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Wangsa Maju melarikan diri katil hospital itu kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.
Pada masa kejadian, wanita itu digari tetapi berjaya melepaskan dirinya apabila dua orang pegawai yang bertanggungjawab pergi berbuka puasa.
Wanita itu telah dimasukkan ke hospital pada Isnin kerana sakit perut.
Wanita itu, yang ditahan Sabtu lepas, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ditahan reman selama 14 hari sehingga 17 Julai.
Polis sedang mengesan suspek.