JAGUH paratriathlon negara, Mohd Sabki Ariffin menyasarkan untuk berada dalam kelompok ke-10 pada keseluruhan kejuaraan dunia tahun ini. Atlet kelahiran Terengganu ini gigih menjalani latihan berterusan termasuk sepanjang Ramadan, malah hanya bercuti tiga hari untuk menyambut Aidilfitri sebelum meneruskan latihan.