suria

1MDB Kritik Laporan-Laporan The Star

PETALING JAYA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengkritik The Star di atas beberapa artikel berasaskan pendapat 'penyiasat' yang tidak dinamakan, dengan merujuk kepada transaksi tertentu.

Dalam satu kenyataan, ia berkata 1MDB kesal dengan pendapat yang tidak berasas ini, yang didakwa sebagai betul. 

Dalam laporan berita, ketika pelbagai pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas syarikat itu dan belum membuat sebarang keputusan.

Ia memetik contoh laporan yang menyebut 'malah aset yang hendak dijual tidak boleh dijual dengan mudah'.

"Ini jelas salah memandangkan nota penyata kewangan 1MDB pada 30.03.2014 yang telah diaudit sepenuhnya oleh Deloitte, menyatakan bagaimana US$1.22 bilion (kira-kira RM 4.6 bilion) aset berkenaan yang pada hakikatnya sudah dijual dan keuntungan tunai sudah digunakan," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa 'tidak ada dokumen berkaitan kewujudan aset dan penilaian ke atas PetroSaudi Holdings (Cayman)', 1MDB berkata ia tidak tepat memandangkan laporan penilaian sudah disediakan semasa pelaburan dibuat, dan laporan yang sama dikemukakan kepada pihak berkuasa dan disemak oleh pihak berkuasa perundangan.

Dalam kenyataan itu 1MDB berkata ia memberi kerjasama penuh ke atas siasatan semasa.

"Kami yakin langkah bersesuaian akan diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan integriti siasatan berkenaan," katanya.

Jelasnya, laporan cuai oleh The Star yang dikawal dan mempunyai lesen akhbar sangat mengecewakan. Malah, berhubung dengan laporan sementara pada mesyuarat 1MDB yang dibentangkan pada 9 Julai kepada jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) oleh Jabatan Audit Negara.

Pengerusi PAC telah menyatakan dengan jelas, "Tidak ada apa-apa yang mencurigakan dalam laporan sementara". 

Jadi jelas tidak ada kebenaran mengenai dakwaan "RM 42 bilion" atau "RM 16 bilion" hilang, ia adalah dakwaan yang telah berulang kali diulang oleh pelbagai pihak.





1MDB, The Star

Artikel Lain