Apabila bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu tiba di luar balai polis ditemani Setiausaha Umno Datuk Musa Sheikh Fadzil, beliau segera ditahan oleh dua anggota polis pada kira-kira pukul 1.45 petang.
Beliau dipercayai telah menulis mesej, mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kumpulan mesej di Telegram.
Kira-kira pukul 4.05 petang, Musa berjalan keluar dari balai polis dan mengadakan sidang akhbar.
"Kami mempunyai kumpulan tertutup dalam aplikasi mudah alih Telegram untuk membincangkan mengenai isu-isu berkaitan parti dan kerajaan," kata Musa.
"Dalam kumpulan itu terdapat menteri dan ketua bahagian. Kami mahu polis menyiasat, siapa orangorang yang membocorkan kandungan chat daripada kumpulan itu."
Musa berkata: "Bagi saya, kami akan mengikut undang-undang dan biarkan polis menjalankan penyiasatan yang diperlukan."