GOMBAK: Wan Mohd Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo ditahan polis di rumahnya pada malam Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu. "Kita telah menahan Papagomo di rumahnya. Di biliknya," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Papagomo didakwa memuat naik gambar seorang mangsa kemalangan berbangsa Melayu yang cedera, di media sosialnya, dengan mendakwanya sebagai mangsa pergaduhan Plaza Low Yat. Polis sebelum ini meminta penulis blog itu untuk menyerah diri namun tidak dipedulikan.