suria

1MDB Bidas The Edge Financial Daily Siar Dakwaan Tak Berasas

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membidas The Edge Financial Daily kerana menyiarkan pelbagai dakwaan dan kenyataan tidak berasas.

Semasa menyifatkan laporan empat muka surat itu sebagai "laporan tidak bertanggungjawab", syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu berkata: " Kami tidak menyangka kerana dakwaan-dakwaan lapuk dan tidak terbukti ini dipergunakan sekali lagi, sedangkan beberapa siasatan serentak kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan isu-isu yang ditimbulkan sebelum ini".

Laporan akhbar harian mengenai 1MDB memberi tumpuan terutamanya kepada usaha sama dan pergerakan wang antarabangsa.

Menurut 1MDB, mana-mana pihak yang boleh membantu para penyiasat patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan.

1MDB mengulangi keyakinan di dalam proses wajar seperti yang dibuktikan oleh siasatan yang sedang dijalankan secara profesional dan teliti oleh pihak berkuasa. - BERNAMA



Mana-mana pihak yang boleh membantu para penyiasat patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan.
Mana-mana pihak yang boleh membantu para penyiasat patut berbuat demikian di bawah peruntukan undang-undang, tanpa perlu membuat laporan yang tidak bertanggungjawab dan disensasikan.
1MDB, The Edge Financial Daily

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan