suria

Bayi Maut, Ibu Parah Dalam Nahas Di Dungun

Keadaan kereta mangsa yang terlibat kemalangan. Foto Karangkraf.com

DUNGUN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan maut, manakala ibunya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas  di Kilometer 357.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 dekat Bukit Besi di sini petang Khamis.

Bayi itu Adam Rizqi Zul Azlan cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kemalangan dalam kejadian pukul 2.30 petang itu sementara ibunya Siti Hajar Md Aziz, 28, cedera parah di kepala dan muka.

Beliau pada mulanya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Anak perempuannya Nurhadamia, 2 tahun dan suaminya Zul Azlan Yaakub, 30, turut cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Dungun.

Jurucakap polis berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta keluarga berkenaan yang datang dari arah Kuantan menuju Kuala Terengganu dilapor terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.

Mereka berasal dari Taman Medan Jaya, Petaling Jaya, Selangor.-- Bernama

Artikel Lain