suria

Selepas Masalah Brek, Masalah Isyarat Perlahankan Laluan LRT Kelana Jaya

Orang ramai terpaksa bersesak di stesen LRT selepas terdapat gangguan pada sistem isyarat di laluan Kelana Jaya.
KUALA LUMPUR: Pengguna terpaksa bersesak di stesen LRT sekali lagi ekoran gangguan yang berlaku di laluan Kelana Jaya kerana masalah pada sistem isyarat.

Pada Rabu, dua kejadian kegagalan brek berlaku berasingan, menyebabkan aliran terhenti dan ramai pekerja lewat ke pejabat.

RapidKL berkata isu isyarat berlaku di stesen LRT Sri Rampai pada pagi Khamis dan tren terpaksa bergerak lebih perlahan daripada biasa.

Bagaimanapun katanya, trek masih berfungsi di stesen Setiawangsa, sebelum Sri Rampai, dan tren terpaksa berhenti lebih lama di platform disebabkan penangguhan masa perjalanan.

Pada pukul 11.37 pagi, RapidKL mengemaskini Twitter menyatakan kerja-kerja pembaikan di stesen itu telah disiapkan dan tren bergerak seperti sedia kala.

Akauntan Jern Siong, 23, yang bekerja dekat KL Sentral, berkata stesen itu penuh sesak dengan penumpang.

"Sampai satu tahap di mana platform tidak mampu menampung jumlah orang yang begitu ramai dan orang ramai terpaksa ke tingkat yang lebih rendah," katanya kepada The Star.

Situasi yang sama dilihatnya di stesen lain ketika dia dalam perjalanan ke KL Sentral.

Katanya, kesesakan paling teruk adalah di stesen Universiti.

Jern Siong tiba ke destinasi dalam lewat 15 minit daripada hari biasa dari stesen Taman Paramount.


LRT, sistem isyarat, RapidKL

Artikel Lain