Mereka dikenali sebagai N. Kathiravan, 21, pemandu kereta itu dari Tampoi dan penumpangnya B. Mogan, 23, dari Batu Pahat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, DSP Ismail Dollah berkata kedua-dua mereka datang dari arah Gelang Patah menuju Johor Baharu.
Kereta mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki gaung, katanya.
Beliau berkata kedua-duanya dipercayai meninggal lebih 24 jam sebelum mayat mereka ditemui pada pukul 4.35 petang.