suria

Potongan 20 Peratus Sempena Kempen Sambutan 300 Juta Tetamu AirAsia

KUALA LUMPUR: AirAsia dan AirAsia X mengumumkan potongan istimewa 20 peratus daripada tambang asas bagi semua tempat duduk dan semua penerbangan bagi kedua-dua kumpulan syarikat penerbangan tersebut dalam satu tawaran eksklusif yang berlangsung selama seminggu bersempena bermulanya kempen sambutan 300 juta tetamu.

Tawaran istimewa ini boleh didapati bagi tempahan menerusi laman airasia.com dari 27 Julai hingga 2 Ogos 2015 bagi perjalanan segera dari 28 Julai hingga 30 November 2015.

Selain daripada laman web, tempahan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih AirAsia bagi peranti Android dan iPhone, begitu juga laman mudah alih mobile.airasia.com.

Tawaran ini merangkumi semua penerbangan AirAsia and AirAsia X termasuk servis penerbangan sambungan (Fly-Thru) bagi kod penerbangan AK (Malaysia AirAsia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (Thai AirAsia), XJ (Thai AirAsia X), QZ (Indonesia AirAsia), I5 (India AirAsia), XT (Indonesia AirAsia Extra), PQ dan  Z2 (Filipina AirAsia).

"Kami sangat teruja dengan bermulanya sambutan 300 juta tetamu kami, ini merupakan satu lagi peristiwa penting bagi keseluruhan kumpulan AirAsia dan AirAsia X," kata Ketua Kumpulan Komersial AirAsia, Siegtraund Teh dalam satu kenyataan, Ahad.

"Kami berbesar hati kami dapat merealisasikan banyak impian penumpang kami untuk terbang dan meneroka dunia dan kami juga teruja untuk mempersembahkan tetamu ke-300 juta kami dengan satu kejutan besar yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

AirAsiaGo, bahagian percutian syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia itu, juga akan menawarkan tawaran istimewa bagi tetamu AirAsia dan AirAsia X semasa tempoh tawaran ini dengan penjimatan hebat bermula daripada serendah RM 169 seorang bagi 3H/2M termasuk penerbangan dan penginapan atau RM59 semalam bagi penginapan sahaja.

Bagi maklumat lanjut dan untuk menempah boleh melayari laman webnya di AirAsiaGo.com, tertakluk kepada tempoh tempahan dan perjalanan yang sama.

Semua penerbangan kecuali penerbangan XJ (Thai AirAsia X) ke/dari Sapporo, QZ (Indonesia AirAsia) bagi penerbangan domestik Indonesia dan penerbangan  Surabaya ke/dari Bangkok.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bilik Server RTM Terbakar

Artikel Lain