suria

Dadah RM2.8 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Desa Melawati

Mohd Mokhtar (kanan) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan selepas heroin bernilai RM2.8 juta dirampas berikutan beberapa serbuan di Desa Melawati.

Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman turut menahan 22 warganegara Pakistan.

Sindiket tersebut cuba memperdaya pihak berkuasa dengan menyembunyikan dadah di dalam makanan haiwan dalam tiga kontena yang diletakkan di dalam sebuah rumah kedai di Desa Melawati pada Sabtu.

"Mereka fikir mereka cukup bijak tetapi kita lagi bijak.

"Anggota saya mengambil masa selama 12 jam menggeledah kontena tersebut dan mereka teliti.

"Kontena tersebut dihantar dari Karachi.

"Dadah ini bertujuan untuk dijual di negara-negara Barat dan bukan untuk pasaran tempatan," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita pada Isnin,


 


dadah, tumpas, Sting

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan