KUALA LUMPUR: Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun kini dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa Selasa. Beliau menggantikan kedudukan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara. Mohamad Fuzi sebelum ini juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang bersara wajib. Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Bukit Aman, pada Selasa.