BERIKUT merupakan suasana di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur:
6.30 petang: Ummi Hafilda umum keluar Umno di depan kediaman Muhyiddin selepas tidak berpuas hati dengan tindakan menggugurkan timbalan presiden parti itu sebagai timbalan perdana menteri.
6.00 petang: Penyanyi, Najwa Mahiaddin berada di rumah bapanya Tan Sri Muhyiddin yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
5.51 petang: Bekas Setiausaha Umno Tan Sri Sabbaruddin Chik yang merupakan jiran Muhyiddin beredar dari kediaman bekas timbalan perdana menteri itu.
5.21 petang: Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tiba di kediaman Muhyiddin.
4.41 petang: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed ALi Alhabshee meninggalkan kediaman Muhyiddin.
4.26 petang: Menteri yang digugurkan daripada Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal yang tiba di rumah Muhyiddin berkata kepada pemberita," tak perlu sedih, tak perlu risau bila berjuang untuk rakyat."
4.15 petang: Sekumpulan 30 petugas media berkumpul di rumah bekas timbalan perdana menteri.